+6281931384789 Jl. Merdeka Timur No.KM 4, Mungguk, Kec. Sekadau Hilir, Kab. Sekadau, Kalbar 79516
Launching Buku Antologi Tembawang
Lupung Cafe-ITKK, October 31, 2025, Sekadau, West Kalimantan
Judul Gambar 1
Judul Gambar 1 Caption penjelasan gambar 1
Judul Gambar 2
Judul Gambar 2 Penjelasan isi gambar 2 dan shrink aktif
Home Kritik Sastra

Cerpen Pidara Juara Pertama Lomba Cerpen Tembawang Lintas Negara, Ini Kata Dewan Juri

"Cerpen Pidara, Clayton Robert, cerpen tembawang, lomba cerpen tembawang, kritik sastra Dayak"

Cerpen Pidara, Clayton Robert.
Idea ilustrasi Wisnu Pamungkas, generate by Ai

Bayangkan tanah perkuburan leluhur—pidara—berubah menjadi medan perlawanan antara roh adat dan kapitalisme rakus. Inilah yang ditulis Clayton Anak Robert, sebuah kisah yang bukan hanya cerpen, tetapi dokumen budaya. Berikut catatan Jaya Ramba, ketua dewan juri lomba Cerpen Tembawang yang dilaksanakan pada bulan Juni-Juli 2025, menyingkap bagaimana karya ini melampaui fiksi, menjelma sebagai suara kolektif masyarakat Bidayuh yang berjuang mempertahankan akar dan identitas.

Kekuatan Tema dan Relevansi yang menentukan pertentangan antara adat/warisan leluhur dengan kerakusan moden (pembalakan, kapitalisme) menjadi isu besar: tanah adat, hutan belian dan “pidara” (tanah perkuburan suci masyarakat Bidayuh). Cerpen ini sangat relevan dengan masyarakat Dayak kerana ia menyentuh persoalan yang benar-benar wujud: perebutan tanah adat, eksploitasi hutan, pertembungan adat dengan kuasa luar. Kami (juri) memilih karya yang memiliki “suara masyarakat” iaitu “Pidara” menepati hal itu dengan menjadi naskhah yang bukan sekadar cerita tetapi juga seruan budaya dan politik.

Cerpen ini padat dengan pengolahan Budaya dan Kosmologi yang kaya dengan pengetahuan etnografi Bidayuh. Tentang “pidara” sebagai altar kosmologi yang berperanan sebagai “juru kunci, namba, kilantong, guna, takud” kepercayaan pada “burung bubot” dan ritual ritual “pimebi” untuk memulihkan keseimbangan roh. Unsur-unsur ini tidak dijadikan tempelan tetapi hidup dalam naratif. Kekuatan ini menjadikan “Pidara” bukan sekadar fiksyen tetapi dokumen budaya yang bernilai.

Sedangkan pada Naratif Konflik dan Plot cerpen ini digambarkan plotnya “dinamis dan dramatik” dengan bermula akan gegaran muncul ancaman (pembalak haram), konfrontasi, klimaks (penipuan permit dan kejaran) hingga resolusi (hukuman adat dan pengakuan Luyang). Maka konflik disusun berlapis:

  1. Konflik “alam dan manusia” (penebangan pokok belian).
  2. Konflik “adat dan kapitalisme” (hak adat bertentangan permit palsu).
  3. Konflik “dendam peribadi” (Luyang terhadap kampungnya).

Lapisan konflik inilah yang memberi kedalaman psikologi dan sosial. Clayton Robert juga menggunakan simbolisme dan perlambangan yang menjadikan cerpen ini kuat seperti berikut;

  1. Pokok belian - akar leluhur, ketahanan dan warisan Dayak.
  2. Tebuan tanah - roh nenek moyang sebagai kuasa pelindung.
  3. Gong - suara kosmos, penghubung antara roh dan manusia.
  4. Luyang - trauma sejarah akibat diskriminasi dalam masyarakat sendiri.

Ternyata bahawa simbol-simbol ini menjadikan karya ini berlapis makna sehingga juri melihatnya sebagai lebih daripada cerita realis biasa.

Apa lagi dengan bahasa dan gaya cerpen ini padat dan penuh dramatik seperti sebuah filem. Boleh dilihat perkara dramatik yang dimaksudkan seperti, “Dalam dada KK Bungin, keresahan menggulung seperti ribut senyap.” dan “Pokok belian itu seakan-akan menjerit kesakitan…” Ia penggunaan metafora hidup dan dekat dengan alam. Terdapat juga percampuran istilah budaya asli (pidara, takud, namba, guna, pimebi) yang memberikan warna keaslian menjadikan struktur ayat lancar, mudah diikuti tetapi tetap memiliki “irama puitis”. 

Seterusnya ditentukan “Nilai Sosial dan Moral” dalam cerpen ini yang membawa kepada perkara “kritik sosial” seperti terhadap pembalakan haram, terhadap kapitalis rakus, terhadap masyarakat yang menindas anak kampung sendiri (kisah Luyang). Namun ia tidak sekadar mengutuk; ia juga menawarkan jalan damai melalui adat, ritual dan kesedaran kolektif. Nilai moral: jangan usik warisan leluhur kerana ia bukan sekadar tanah tetapi akar identiti.

Sebab Cerpen Ini Menjadi Juara 1

Cerpen ini dipilih kerana dekat dengan tema dan beberapa perkara juri sepakat memilih berdasarkan;

  1. Kekuatan budaya kerana ia kaya dengan dokumentasi adat Bidayuh.
  2. Isu kontemporari kerana ia relevan dengan konflik tanah/hutan di Sarawak.
  3. Naratif dramatik kerana plot jelas, konflik memuncak, resolusi berkesan.
  4. Bahasa & simbolisme kerana ia indah, kuat, dan sarat makna.
  5. Lapisan psikologi & sosial kerana watak Luyang membawa sisi gelap sejarah internal masyarakat sendiri – sesuatu yang jarang disentuh dengan berani.

Kesimpulan

Cerpen “Pidara” dipilih sebagai juara kerana ia berdiri di antara dua dunia, iaitu dunia realiti masyarakat Dayak yang berjuang mempertahankan warisan dan dunia naratif yang puitis, simbolik dan serta dramatik. Ia bukan sekadar cerita tentang “pembalak haram” tetapi tentang ”akar manusia Dayak yang dipertahankan oleh roh dan adat”. Itulah sebab juri melihat karya ini bukan hanya baik secara teknikal tetapi berjiwa, berakar, dan bernafas sebagai suara kolektif masyarakat Dayak.

  

Tertarik untuk mendaftar?

Dapatkan info LSD sekarang!